SUKAN ELIT IKMSP
SUKAN GOLF
SUKAN GOLF
Institut Kemahiran MARA
Sungai Petani, Kedah.
JAWATAN KUASA PENGANJUR
Penaung : Tn. Hj. Muhammad Nasir bin Hasan
Pengerusi : Tn. Hj. Jalal bin Sardini
N/Pengerusi : Tn. Hj. Kamil bin Tukiran
S/Usaha : En. Aznan bin Osman @ Othman
Peralatan : En. Azizul bin Abu Seman
SENARIO
GOLF – sebut goft sahaja semua orang terkedu, tak terkata apa dan mula berfikiran melayang, sebab cetek pengetahuan tentang itu, tak ada perasaan untuk ingin tahu. Golf dimainkan ditempat terpilih dengan lanskap yang indah tak semua orang dapat pergi, sekadar tengok dari jauh, tertanya-tanya sendirian, ingin pergi mencuba tapi tak tahu di mana nak mula dan pada siapa nak menyuarakan, rasa tak terkeluar suara untuk melepaskan hajat terpendam lama dulu lagi. Siapa yang ingin membantu, nampak sama aja, alangkah bertuahnya jika lahir individu-individu berwawasan untuk memperkenalkan permainan yang berprestij ini. Satu hari nanti dapat juga menyentuh, merasa dan mengalami sendiri kehebatan permainan yang selama ini ingin benar dinikmati.
PROSPEK
Unit Sukan IKMSP yang diterajui penyelarasnya Hj. Kamil bin Tukiran bersama beberapa ahli exconya telah mengorak langkah positif untuk memperkenalkan sukan elit ini dikalangan semua Warga Kerja khasnya dan Pelajar IKMSP keseluruhannya. Usaha untuk merealisasikan program ini berdasarkan kepada kedudukan Kampus IKMSP yang berjiran dengan Kelab Golf Cinta Sayang, di mana segala kemudahan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ini ada di situ dan sekiranya ada kerjasama erat antara IKMSP dan Kelab tersebut pastinya impian ini akan terlaksana. Apa yang diharapkan moga usaha ini dipandang positif dan mendapat sokongan dan dorongan dari semua Warga Kerja yang teringin melihat aktiviti ini dilaksanakan dengan baik serta penyertaan yang menggalakkan bagi yang bersedia untuk melibatkan diri dalam permainan ini secara total.
OBJEKTIF PENUBUHAN
Untuk memperkenal, menggalak dan menerapkan kemahiran dan pengetahuan dalam sukan golf. Diharapkan aktiviti ini dapat menyemai nilai murni, disiplin diri dan menjadikan insan berintegriti.
OBJEKTIF
ü Membangunkan sukan ini diperingkat IKM dengan menyediakan program latihan dan sains sukan untuk wargakerja dan pelajar.
ü Melahirkan pelajar yang berdisiplin, kemas dan berilmu serta berkemahiran dalam sukan golf.
ü Mendorong dan menggalakkan peningkatan serta kebolehan diri dalam semua bidang sukan.
KUMPULAN SASARAN
Semua Warga-Kerja IKMSP dan Pelajar IKMSP lelaki dan perempuan adalah dipelawa dan digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam sukan ini. Berasaskan pada peralatan yang dicadangkan ini, dijangka boleh melatih seramai 10 orang pemain pada setiap sesi latihan yang dijalankan.
PERALATAN.
Peralatan dan keperluan utama untuk melaksanakan aktiviti sukan golf.
1. Woods
Wood digunakan untuk memukul jarak jauh iaitu lebih 175 ela dari green. Ia berkepala besar, kosong didalam. Juga di panggil driver ( 1 wood). Biasanya Pemain golf memiliki 3 dan 5 wood. Loft adalah permukaan yang menyentoh bola. Permukaannya mempunyai kecondongan yang berbeza. Contoh, 3 wood mempunyai kecondongan permukaan diantara 15 dan 18 darjah.
2. Iron.
Iron digunakan untuk pukulan jarak kurang 200 ela dari green. Lebih dekat kita dengan green lebih tinggi iron digunakan, contohnya, 9 iron digunakan bila telah hampir dengan green. Piawaian iron adalah dari 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 iron.
3. Wedges.
Wedges adalah iron istimewa ataupun iron khas terdiri dari Pitching Wedge (PW), Approach Wedge (AW), Sand Wedge (SW), Lob Wedge (LW) bermula dari 48, 52, 56, 60 dan 64 darjah loft.
4. Putters.
Putter adalah untuk kegunaan tertentu (special purposed) iaitu memukul bola masuk kedalam lubang. Digunakan semasa di green sahaja dan putter mempunyai berbagai bentuk terpulanglah kepada pemain untuk memilih mana yang disukainya, yang penting selesa digunakan untuk melaksanakan kehendak pemain iaitu memukul bola masuk ke lubang.
BAJET
Jawatan Kuasa Penganjur berhasrat untuk memiliki 4 set peralatan golf untuk menggerakkan aktiviti yang dirancang. Jumlah peruntukan kasar untuk peralatan asas dianggarkan RM6,800.00. Dibawah ini adalah senarai peralatan yang diperlukan dan dinyatakan tujuan dan anggaran harga.
BIL | ALATAN | HARGA (RM) | KEPERLUAN | PENGGUNAAN |
1 | MIZUNO CHARGE 111 (GRAPHITE) | 1,500.00 | 2 SET | DRIVING RANGE DAN FAIRWAYS/GREEN |
2 | WILSON KILLER WHALE- LEFTHANDED (GRAPHITE) | 1,600.00 | 1 SET | FAIRWAYS/GREEN |
3 | MIZUNO CHARGE 111 (STEEL) | 2,200.00 | 1 SET | FAIRWAYS/GREEN |
TEMPAT dan WAKTU LATIHAN
Latihan praktikal akan dilakukan di Driving Range pada hari Jumaat dan Sabtu 8:00pagi hingga 12:00tgh. Teori dan latihan praktikal akan dikendalikan oleh Pengajar Pro Kelab Golf Cinta Sayang Sungai Petani, Kedah.
ETIKA BERPAKAIAN
Semua pemain seharusnya memahami pakaian sukan yang sesuai dengan jenis permainan yang disertainya, berpakaian kemas lengkap dangan keperluan asas adalah dituntut.
PENUTUP
Unit Sukan IKMSP menaruh sepenuh kepercayaan dan harapan kepada Pengurusan IKMSP dibawah peneraju yang berdidikasi Pengarah agar dapat merealisasikan sukan ini di IKMSP untuk di nikmati semua Warga-Kerja dan Pelajarnya. Dengan harapan suatu ketika nanti akan muncul JUARA menjulang nama IKMSP dipersada negara dengan gaya mantap berdisiplin dan berintegriti
Maju Sukan Untuk IKMSP